—Tinta H@tI—

visit muzium kesenian Islam

February 2, 2010 · 2 Comments

1 safar 1431H

masz, ziyani dan syifa mengunjungi muzium kesenian Islam di kuala lumpur….

dengan menaiki komuter dan turun di kL akhirnye kami sampai ke destinasi yang dituju

okey jom layan pics yang diambil hehe

begambo dulu hehe b4 entrance d Islamic art museum IAMM


yes2 dapat student’s price nye tiket, janji bawa kt matrx


ni pic kt lobby ((kt lobby le pun leh begambonye))


at d white and gold inverted dome


kt lobby juga…belakang tu masjid negara =)


ni b4 g museum shop


ermm merenung jauh nampak cik kak 2 org ni…next to IAMM taman burung, taman burung sudah memanggil tu hehe


sebelum pulang..((begambar itu harus hehe))


alhamdulillah selesai sudah pengembaraan dalam muzium tadi..memang menyeronokkan..yang paling best bagi masz bile melihat kesenian pada senibina masjid2 di seluruh dunia; masjidil haram yang merupakan qiblat umat Islam, masjid nabawi,  masjid al-azhar dll cantiknyeeee…insyaAllah suatu hari nanti berpeluang pula solat di masjid2 tersebut…n then catatan perjalanan haji yang merupakan pameran khas sehingga 22 januari…n lagi pameran berkaitan kitab al-quran dan seni khat…

pastu kami makan2 dulu sebelum solat zohor d masjid negara…

n next destination birdpark…ermmm penat juga berjalan tapi tak  jumpe2 juga main gate birdpark…dan kata salah seorang pekerja yang kami temui d pintu pagar tapi kami tak  bole ikut pintu tu, katenye 15 minit lagi jalan kaki untuk sampai pintu utama..wah2..kami akhirnye buat keputusan untuk pulang sahaja…insyaAllah bile2 t leh g birdpark pula =)

n thanks to syifa n ziyani =)


→ 2 CommentsCategories: reflection

jog with wanie =)

January 31, 2010 · 2 Comments

Assalamua’laikum semua…


rase cam lama sudah tidak post citer terbaru..buzy??? hehe…malas la tu huhu


owh ye pagi tadi mas jog with wani…

kedengaran handset ku berbunyi around 730a.m…

wani ajak jog…

n our choice jog d tasik kejut…

memang suke juga g jog ni…

tapi kadang2 malasku membelenggu diri huhu…

kami berdua terus ke tasik kejut…

ermmm pagi2 cuti besenye tak ramai yang beriadah…

di kesempatan yang ade…

kami mengambil peluang menggunakan facilities yang ade di tasik kejut hehe..

owh memang best…

jog menyihatkan badan selain leh relax kan minda…

plus menghayati alam kurniaan ALLAH…

n abez jog around 830a.m…

we went to KIY cafe…

n we breakfast there…

n thanks to wani cz belanje me for my breakfast…

thanks ya wani…

thats all =)


mas n wani =)

((hehe tp ni bukan gambo g jog td))


ermm petang ni gi ziarah adan, insya-Allah…

sudah rindu sama adan la huhu….



→ 2 CommentsCategories: reflection

cegah sihir/gangguan makhluk halus

January 7, 2010 · 2 Comments

Alhamdulillah, tadi baru sahaja selesai menonton tv, rancangan semanis kurma. Tajuk pada minggu ini ialah ‘Gilakan Bomoh’…ustaz wan akashah dan ustazah siti nor bahiyah ada memberi tips @ cara-cara untuk mengelakkan sihir dan boleh diamalkan, dengan izin Allah semoga kita dijauhi daripada gangguan2 samada sihir, makhluk halus dan seangkatan dengannya…

1) mengamalkan makan tamar ajwa, 7 biji setiap hari

2) berwudhu’ sebelum tidur

3) mengamalkan solat tahajjud

4) Baca doa sebelum masuk dan keluar tandas

5) membaca auzubillah untuk memulakan sesuatu dan juga basmallah

6) mengamalkan baca ayat kursi dan zikir sehingga tertidur

7) banyakkan berdoa kepada ALLAH dan amalkan

  • al-fatihah
  • 4 Qul
  • surah yunus ayat 79 – 82
  • surah thaha ayat 65 – 69

Semoga kita tergolong dalam golongan manusia yang diberi petunjuk/hidayah oleh ALLAH, amin…

→ 2 CommentsCategories: muhasabah

make baju kurung

January 1, 2010 · 8 Comments

Assalamua’laikum sume

Pada cuti yang lalu, alhamdulillah mas berpeluang untuk belajar menjahit di KEMAS. Sebenarnye mas tidaklah berminat sangat untuk menjahit tetapi setelah mempertimbangkan kenapa harus mas belajar menjahit akhirnye mas membuat keputusan untuk belajar jahit. ermmm sekurang2nye terisi masa terluang kan he3..yuran dikenakan sebanyak 10 + 10. rm10 sebagai yuran bulanan dan rm10 yuran tahunan.murah kan? Bile da masuk kelas menjahit tu rasa seronok pula sebab selain menjahit kite boleh kenal dengan rakan-rakan yang belajar menjahit sekali. Mas pun tak sangka sebab dapat berkenalan dengan seorang kakak yang merupakan senior mas di ukm sebab mase di ukm tak pernah kenal pon even fakulti yang sama + kolej yang berhampiran.

ermmm pada mulanye memang agak kekok untuk menjahit ni. Mungkin dah lama tak menjahit kot.Dulu2 pernah juga belajar jahit dengan kakak tapi tak bersungguh2 pun mase tu.hahaha…cuti mas lebih kurang sebulan dan mas hanye dapat belajar menjahit baju kurung sahaja.mungkin lepas ni jika ada mase terluang akan belajar menjahit baju lain pula.he3.

mula2 mas belajar menjahit yang asas dulu seperti jahit mata lalat, silang pangkah, jahitan leher, jahit zip dan jahitan lubang butang. Kemudian setelah selesai sume jahitan ini, mas belajar untuk mengambil ukuran badan dan memetakan dalam buku dahulu. Then, barulah lukisan @ design yang dibuat dilakarkan di atas kertas minyak..time ni cikgu akan check ukuran yang dibuat. ha ni tak tepat ni, buat balik (begitulah tegasnye cikgu ku)…then, kertas minyak digunting dan dapatlah ukuran baju kurung yang dikehendaki.

Okey langkah seterusnye ialah dengan mengambil kertas minyak yang dipotong tadi dan dipinkan bersama kain. Kemudian kain dipotong selepas cikgu mengajar untuk memotong kain dengan melebihkan 1/2 inci daripada ukuran asal coz tak jahit tepi lagi he3…ermmm lepas kain siap digunting, time for sewing he3…cikgu ajar camne nak cantum2kan kain2 yang digunting itu sehinggalah siap baju kurungku.alhamdulillah..

Menjahit ni sebenarnye kerja yang agak rumit dan memerlukan ketekunan + kesabaran. Walaubagaimanapun, ia kerja yang menyeronokkan dan kemahiran berfikir kite digunakan untuk menjahit. ha pasni bolela wat design sendiri lak he3..tak juga sebab masih banyak lagi mas perlu belajar dan ini baru asas sahaja. pasni nak belajar jahit manik + baju kurung moden pula.insya-Allah…jom kawan2 jadikan menjahit sebagai hobi =)

p/s: gambar2 tidak dapat diuploadkan..m b next time mas akan uploadkan supaya mendapat gambaran yang lebih jelas lagi to make baju kurung =)

adek, model baju kurung he3

→ 8 CommentsCategories: reflection

new year + new sem with new azam?

December 28, 2009 · 3 Comments

Assalamua’alikum semua, semoga kita sentiasa dilimpahi rahmat dan maghfirah daripada ALLAH S.W.T hendaknya.amin…


New Year

Yup new year kite sudah 11 hari meninggalkan kita..before late i wanna wish SaLaM Ma’aL HiJRaH 1431 to all…sometimes kite selalu advise others than we look ourself.sedihhh..so dengan tahun baru 1431H ini baikilah diri duhai insan, carilah seberapa banyak i’lmu yang kamu mampu especially i’lmu agama. like Dr Zarin said last week ” a’mal tanpa i’lmu = sesat “  ” i’lmu tanpa a’mal = sombong ” Jadi aku di mana? Ya Allah, Engkau suluhkan hidup kami dengan petunjukMu…


New Sem

4 muharram yang lalu bermulalah semester baru aku dan merupakan final semester aku dan rakan2 seperjuangan insya-Allah.Semoga Allah permudahkan segala urusan. Alhamdulillah, aku masih diberi ruang dan peluang untuk menimba i’lmu.jadinya jangan sia2kan peluang anda itu.


new azam?

AZAM? panjang lebar juga jika bercerita pasal azam kan. ape yang penting kite kene berazam terutamanya dalam memperbaiki diri ke arah yang lebih baik dan diredhai ALLAH S.W.T. tidak semestinya dengan kehadiran tahun baru, semester baru kite sebok2 hendak berazam.tapi tidak salah bagi yang hendak berazam pada setiap tahun baru.mungkin boleh list kan. Apabila sudah list azam2 tersebut perlu juga ada perancangan dan apa yang harus dilakukan @ tindakan untuk mencapai azam tersebut.Bukan sebok2 berazam every year but at the end xda apa2 pon.nauzubillah..hurm ape ye azam aku? kerja, keluarga, kecintaan?3K tue…kerja?insya-Allah ade perancangan ke arah itu selepas tamat belajar. keluarga? ye sudah menjadi tanggungjawab setiap anak kepada keluarga terutama ibu dan ayah. kecintaan? kecintaan kepada Allah S.W.T. yang utama. Jadikan istighfar, selawat kepada Nabi Muhammad S.A.W. dan berzikir menyebut lailahaillallah amalan seharian kita.


As conclusion, be a solehah muslimah and like my teacher said Jaga Diri Hiasi Peribadi, Akhlak Mulia Muslimah Sejati…

p/s: rindu my teacher lak hu3…



→ 3 CommentsCategories: muhasabah

Entropy

November 12, 2009 · 1 Comment

Today, about 12p.m I started to pack all my stuffs and put in the store and it needs lots of energy to do that…ya it needs ATP. Did we know where ATP comes from??? ermm during packing, my room looks like ‘tongkang pecah’ like my mom always said and like as a picture below huhu…

Picture1

but…………… it easy to do that, right? like……….. ermmmmm may be you can give an example he3…of course so easy because as we know progression from an ordered to a disordered state is a spontaneous reaction with ∆S=+ve…and to make up my room back,  it need lots of energy to become orderly…why we need lots of ATP to do that? Because it antagonizes to spontaneous reaction thus will need organized effort requiring energy input, ∆S become??? i’m believe oll of you know the answer…and are you still remember the 2nd Law of Thermodynamics? It states that events in the universe lead to randomness and disorder…did we realize that everything happens around us cause increase in entropy? for example ice melting, explosion, fire n so on. And I want to share from what Harun Yahya said in his book ‘Evolution Deceit’ about the entropy. He said that the law of entropy holds that the entire universe is unavoidably proceeding towards a more disordered, unplanned, and disorganised state. Let us think about that…for further reading you can read his book ‘evolution deceit’ with click to this website (http://www.harunyahya.com/evolutiondeceit11.php @ http://harunyahya.com/malaysian/penipuanevolusi12.php)

okey, time to sleep…tomorrow, insya-Allah will back home and meet my beloved family…may Allah bless us always and forever, amin…

n i would like to say happy olidae to oll my frnzs especially cik radiah, cik wanie, cik syifa, cik yani, cik leen, cik nani, cik huda, cik ainon, cik chah n cik azi. i luv u oll, frnz forever =)

 

→ 1 CommentCategories: Science facts and relation to our life

muhasabah cinta

November 9, 2009 · 2 Comments

Assalamua’laikum semua

Muhasabah Cinta? mas yakin anda semua pasti sudah mengetahui dan mendengar lagu ini…owh ye semalam baru mas menghayati lirik lagu ini dan teringat akan pesanan Rasulullah S.A.W. di mana dua ni’mat yang manusia sering lupa iaitu ni’mat masa sihat dan masa lapang. Pesanan Rasulullah S.A.W. ini selalu diperingatkan oleh ustazah-ustazah mas masa di sekolah dulu.terima kasih ustazah…sesungguhnya ni’mat inilah harus kita gunakan sebaik mungkin, ye tapi kadang2 kita seringkali melupakannya.astagfirullah… Apabila ujian menimpa barulah kita sedar kita telah mensia2kan usia kita sebenarnya. semoga selepas ini kita muhasabah diri kita semula dan sama2 menggunakan ni’mat masa lapang dan masa sihat yang ALLAH kurniakan ini ke jalan yang diredhai ALLAH…dan ingatlah 5 perkara sebelum datangnya 5 iaitu muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, lapang sebelum sibuk, kaya sebelum miskin, hidup sebelum mati….sama2 kita hayati lagu ini.

Akhir kalam Jadikanlah cinta kepada ALLAH cinta agung kita semua…



→ 2 CommentsCategories: muhasabah

Allahuakbar

October 30, 2009 · 1 Comment

Alhamdulillah, kesempatan yang diberikan oleh Allah ini, saya masih lagi bernafas di dunia ini, Alhamdulillah ni’mat yang tidak terhingga yang dikurniakan Allah…dikesempatan yang diberikan Allah ini juga saya ingin berkongsi sesuatu daripada apa yang telah disampaikan oleh seorang ustaz dalam kuliahnya iaitu mengenai gempa bumi yang mengejutkan kita yang menimpa kepulauan Sumatera dengan lebih tepat lagi ialah di Padang, Sumatera Barat, Indonesia.

Menurut sumber,  gempa bumi yang berlaku adalah pada hari rabu 30 September jam 1716 dengan kekuatan 7.6 skala richter dan gegaran susulan berlaku pada 1758 manakala gegaran kedua pada khamis 1 Oktober jam 852.

Jika diperhatikan pada nombor-nombor ini <1716 1758 852> apa yang terlintas pada fikiran kita?

Dan apabila dirujuk pada kalam-kalam ALLAH S.W.T pada nombor-nombor tersebut, apa yang kita fikirkan?

Renung-renungkanlah…

1716 (Surah ke-17 ayat 16)

Firman Allah dalam surah al-Isra’ ayat 16 bermaksud;

“ Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kederhakaan dalam negeri itu, maka sudah sewajarnya berlaku terhadapnya perkataan ( ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”

1758 (Surah ke-17 ayat 58)

Firman Allah dalam surah al-Isra’ ayat 58 bermaksud;

“Tidak ada suatu negeri pun (yang derhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”

852 (Surah ke-8 ayat 52)

Firman Allah dalam surah al-anfal ayat 52 bermaksud;

“(Keadaaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang yang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”

Subhanallah

Allahuakbar

Adakah bencana gempa bumi yang berlaku ini benar-benar membuatkan kita berfikir?

Dan daripada apa yang kita fikir itu benar-benar membuat kita insaf dan kembali kepada Allah S.W.T ?

Saya menyeru pada diri saya dan sahabat-sahabat sekalian, sama-samalah kita memikirkan kebesaran Allah dan salah satu daripadanya ialah memikirkan  sesuatu yang berlaku di sekeliling kita. Kita masih punya ‘masa’ untuk kembali kepada Pencipta kita ALLAH. Bertaubatlah kita semua sebelum terlambat untuk berbuat demikian. Sesungguhnya al-Quran itu benar, mati itu benar, alam barzakh itu benar, akhirat itu benar, syurga neraka itu benar. Dan wajib bagi kita umat Islam meyakini kebenaran ini semua. Sama-samalah kita menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dan sampaikanlah ilmu yang kita ada dengan apa cara yang kita mampu. Sabda Nabi S.A.W. bermaksud “Sampaikan dariku walaupun satu ayat.”

Wallahua’lam.


maszeni mukhtar

bangi, 11 Zulqae’dah 1430H

→ 1 CommentCategories: muhasabah

All the Best Final Exam

October 28, 2009 · Leave a Comment

wish all my frnzs n also my sists (atika + adek) Good Luck Final Exam…

Do ur very Best + strive for excellent!

man jadda wajada

Pray for our success

2987703031_95e57b1309_o

may Allah bless us always, amin…

→ Leave a CommentCategories: wishes

Jom ke kelas pengajian al-Quran ramai2

October 5, 2009 · Leave a Comment

Firman Allah dalam surah al-muzammil ayat 4

وَرَتِّلِ الۡقُرۡآنَ تَرۡتِيلًا

“dan bacalah al-Quran dengan tartil”


Surah Al-Muzzammil ayat 4, mengingatkan kepada kita untuk senantiasa berusaha memperjelas dan memperhatikan makhraj huruf, tajwid pada saat membaca Al-Quran yang diwahyukan oleh Allah S.W.T kepada Rasul S.A.W melalui perantaraan Jibril A.S untuk dijadikan pegangan, haluan hidup Muslim dalam kehidupan kita di Dunia dan Akhirat. Makna lainnya adalah “Agar engkau dapat memahami dan merenungkan berbagai makna dari ayat yang kau baca, maka bacalah Al Quran dengan tartil, perlahan, tidak tergesa-gesa, dan terlalu cepat”. Kita dilarang membaca Al Quran terlalu cepat dan tidak tartil.” Mari bergabung dengan menyatukan niat untuk senantiasa berusaha dan istiqamah membaca ayat-ayat Allah  dengan Tartil.


Ayuh  sahabat2 sekalian, saya menyeru diri saya dan sahabat2 sume untuk mengikuti kelas pengajian al-Quran dikendalikan oleh ustaz Jazam di bawah kelolaan Pusat Islam UKM. Tarikh, tempat dan masa adalah seperti berikut


Tarikh: Setiap Minggu Hari Isnin dan Khamis

Masa: 9 – 10 pagi

Tempat: Bilik Seminar 1, Masjid UKM


Kelas pengajian al-Quran ini menekankan tajwid, kaedah rasm uthmani, sebutan huruf@makhraj…yang kurang lancar kita lancarkan, yang kurang fasih kita fasihkan, yang sudah lancar dan fasih sama2 faham tajwid, yang kurang dengung kita dengungkan, yang salah sebutan makhraj huruf kita sama2 perbetulkan, yang sudah lancar, faham tajwid sama2 faham kaedah rasm uthmani.


Tidak rugi kita mengikuti kelas ini kerana ilmu Allah itu sangat luas. Dan gunakanlah kesempatan berada di bumi UKM ini untuk menambah ilmu tentang al-Quran. Jika tidak berkesempatan untuk hadir bagi kedua2 kelas, boleh juga menghadirkan diri salah satu kelas mengikut kelapangan kita masing2.


Kelas ini adalah PeRCuMa tiada sebarang bayaran dikenakan.Ia terbuka kepada warga UKM dan juga yang berada di sekitar UKM.


Pengumuman ini juga boleh dirujuk pada notice board di Masjid UKM.


Ayuh sama2 kita menambah ilmu tentang al-Quran…

34931171452768l

→ Leave a CommentCategories: Announcements