Sebuah kisah…RAMA-RAMA MAHARAJA
Rama-rama ini adalah suatu spesies rama-rama yg paling hebat dan unggul daripada kalangan spesies rama-rama. Ia mempunyai kepak yg lebar yg menjangkau dengan hebatnya tatkala ia terbang. Sebelum ia berubah menjadi rama-rama dewasa, ia dilahirkn sebagai larva dn seterusnya menjadi kepompong yg tinggal di dalam pembedung. Pembedung rama-rama Maharaja ini adalah ‘lehernya’ yg begitu sempit sekali. Untuk membebaskan dirinya drpd kepompong apabila tiba masanya, rama-rama ini terpaksa ‘meloloskan’ badannya keluar drpd leher pembdung yg sempit itu. Suatu hari, seorang ahli sains memerhati dengan kasihan kepompong ini yg sedang meronta keluar drpd pembedungnya, ahli sains yg baik itu telah memutuskan untuk memberi bantuan dengan menggunting dan melebarkan pembedung supaya memudahkan kepompong keluar. Akhirnya, kepompong tersebut keluar dengan mudah tanpa perlu banyak meronta. Tetapi kepompong yg lemah itu tidak berdaya untuk terbang apabila ia keluar, sebaliknya jatuh ke tanah dan hanya berdaya merayap-rayap di tanah sahaja. Selepas beberapa hari, ia telah mati di atas tanah dan tidak dapatlah ia merasa terbang di udara dengan sayap yg hebat itu. Tidak lama selepas itu, telah diketahui bahawa untuk membolehkannya ianya terbang, ia hanya perlu menjalani proses meronta dan meloloskan dirinya keluar dari leher kepompong kerana melalui proses ‘meronta dan melolos’ inilah bendalir dipam masuk ke dalam urat-urat kepaknya yg membolehkannya ianya terbang apabila keluar drpd kepompong…
morals of the story…
* Perjuangan hidup, penderitaan jiwa itu semuanya diperlukan jika kita ingin berjaya. Fahamilah dan hargailah pengalaman-pengalaman sedemikian ketika mengalami kesusahan dan kegagalan kerana ia mematangkan kita sebenarnya…
* Ujian hidup adalah fitrah sebagai didikan terus drpd Allah, tanda kasih sayang-Nya, setiap yg berlaku ada hikmahnya. Ujian adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik.
* Setiap pengorbanan memerlukan ketabahan hati, setiap ketetapan Ilahi tersirat kemanisan yg abadi…


