Setiap orang pasti pernah berhadapan dengan masalah atau ujian dan tidakterkecuali diri ini. Ujian yang diberikan Allah ini tidak lain adalah untuk menguji hamba-hambaNya dan ujian yang diberikan ini adalah yang mampu ditanggung oleh sesiapa yang menerima ujian tersebut. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud:
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya”
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Mungkin hikmah itu dapat dirasai ketika ditimpa musibah(ujian) atau untuk kebaikan pada masa akan datang. Oleh itu, singkaplah hikmah di sebalik ujian tersebut. Walaubagaimanapun, tidak dinafikan tekanan mungin berlaku apabila berhadapan dengan musibah. Dalam buku Adab Petua Kecemerlangan Pelajar hasil tulisan Ustazah Siti Nor Bahyah dan rakan-rakan menggariskan tip meringankan tekanan semasa ujian. Antaranya ialah;
-Musibah yang berlaku itu bertujuan menghapuskan dosa.
Firman Allah dalam surah al-Syura ayat 30:
وَمَآ أَصَـٰبَڪُم مِّن مُّصِيبَةٍ۬ فَبِمَا كَسَبَتۡ أَيۡدِيكُمۡ وَيَعۡفُواْ عَن كَثِيرٍ۬ (٣٠
Maksudnya: “Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri dan Allah memaafkan sebahagian besar dari(kesalahan-kesalahanmu).”
-Musibah itu menyebabkan seseorang itu mendapat darjat yang tinggi di sisi Allah. Nabi S.A.W bersabda, yang bermaksud:
“Tidaklah seorang Muslim ditimpa penyakit, melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya, seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya.”
(Riwayat al-Bukhari)
-Mengingatkan dirimu pada ujian yang menimpa orang lain jauh lebih berat daripada apa yang kamu deritai.
-Mendekatkan diri kepada Allah
-Bayangkan ni’mat-ni’mat Allah S.W.T kepadamu sebelum ini.
Dan di sini ingin memetik kata-kata yang diberikan oleh sahabatku kepadaku apabila aku diuji Allah…
- Sahabatku yang dirindui, izinkan aku bertanya apa erti ni’mat dan ujian bagimu? Sedang ni’mat itu adalah ujian, sedang ujian itu sebenarnya ni’mat, bergembiralah menyambut ujian sepertimana kamu suka pada ni’mat, maka siapalah kita membezakan ujian dan ni’mat, sedang kedua-keduanya dari Dia yang Maha Penyanyang lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya Allah bersama kita.
Semoga dengan perkongsian ini, sama-samalah kita memperbaiki diri ke arah yang lebih baik dan sama-samalah kita saling nasihat-menasihati antara satu sama lain. Dan ingatlah apabila ditimpa musibah atau ujian, tandanya Allah masih cinta pada kita dan mengingatkan kita supaya kembali kepada Pencipta kita, Tuhan semesta a’lam. Dan tiada Allah jadikan sesuatu perkara itu tanpa sia-sia. Wallahua’lam…




salam rindu…
sgt rindu kt masz…
rindu sama feha jg………………..