Firman Allah dalam surah al-muzammil ayat 4
وَرَتِّلِ الۡقُرۡآنَ تَرۡتِيلًا
“dan bacalah al-Quran dengan tartil”
Ayuh sahabat2 sekalian, saya menyeru diri saya dan sahabat2 sume untuk mengikuti kelas pengajian al-Quran dikendalikan oleh ustaz Jazam di bawah kelolaan Pusat Islam UKM. Tarikh, tempat dan masa adalah seperti berikut
Tarikh: Setiap Minggu Hari Isnin dan Khamis
Masa: 9 – 10 pagi
Tempat: Bilik Seminar 1, Masjid UKM
Kelas pengajian al-Quran ini menekankan tajwid, kaedah rasm uthmani, sebutan huruf@makhraj…yang kurang lancar kita lancarkan, yang kurang fasih kita fasihkan, yang sudah lancar dan fasih sama2 faham tajwid, yang kurang dengung kita dengungkan, yang salah sebutan makhraj huruf kita sama2 perbetulkan, yang sudah lancar, faham tajwid sama2 faham kaedah rasm uthmani.
Tidak rugi kita mengikuti kelas ini kerana ilmu Allah itu sangat luas. Dan gunakanlah kesempatan berada di bumi UKM ini untuk menambah ilmu tentang al-Quran. Jika tidak berkesempatan untuk hadir bagi kedua2 kelas, boleh juga menghadirkan diri salah satu kelas mengikut kelapangan kita masing2.
Kelas ini adalah PeRCuMa tiada sebarang bayaran dikenakan.Ia terbuka kepada warga UKM dan juga yang berada di sekitar UKM.
Pengumuman ini juga boleh dirujuk pada notice board di Masjid UKM.
Ayuh sama2 kita menambah ilmu tentang al-Quran…



